"JANGAN BIARKAN IBU MENANGIS"
Jika anda masih mempunyai ibu dan bapa sesungguhnya anda adalah orang yang paling beruntung didunia buat masa ini.
Anda masih boleh lagi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak dan memberi kasih sayang anda kepada mereka sebelum Malaikat Maut menjemput mereka. Jangan sampai anda menyesal di kemudian hari kerana terkilan tidak dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut. Akibatnya anda akan menanggung bukan sahaja sehingga akhir hayat anda tetapi tunggu sahaja seksaan dari ALLAH swt di dunia ini dan juga akhirat nanti.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Masud beliau berkata:
Saya bertanya kepada Nabi saw.
Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah swt?
Baginda bersabda: Solat pada waktunya.
Saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi?
Baginda bersabda: Berbuat baik kepda kedua-dua orang tua.
Saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi?
Baginda bersabda: Berjihad dijalan Allah swt.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Seorang lelaki telah datang dan bertanya kepada Rasulullah saw:
Wahai Rasulullahm siapakah orang yang paling berhak bagi aku untuk aku berlaku baik kepadanya?
Rasulullah menjawab: Ibumu (jawapan kali pertama)
Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian setelah dia siapa lagi?
Rasulullah menjawab: Ibumu (jawapan kali kedua)
Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian setelah dia siapa lagi
Rasulullah menjawabL Ibumu (jawapan kali ketiga)
Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian setelah dia siapa lagi?
Rasulullah menjawab: Ayahmu (jawapan kali keempat)
Pernahkah anda terfikir atau membayangkan, setidak-tidaknya menghayati hadis yang telah diriwayatkan diatas memperlihatkan kepada satu tanggugjawab anak kepada kedua-dua orang tuanya.
- Apakah anda telah benar-benar menjalankan tanggungjawab anda?
- Apakah yang telah anda lakukan mencukupi dipandangan mata Allah?
- Bagaimana keadaan kedua-dua ibubapa anda?
- Bagaimana pula pertuturan anda dengan kedua-duanya?
Allah swt telah berfirman:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkanNya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Jika salah seorang atau kedua-duanya sekali, sampai ke peringkat umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan "ahh", dan jangan engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia." (surah al-Isra' ayat 23)
Anda, ya anda. Diatas merupakan diantara beberapa hadis Nabi saw dan ayat al-Quran sebagai peringatan kepada yang sedang membaca agar sentiasa melaksanakan tanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapa tanpa berbelah bagi dan meminta balasan. Jika anda telah melaksanakan Alhamdulilah, moga Allah swt memberi rahmat kepada anda didunia dan akhirat.
Janganlah menjadi seperti mereka-mereka yang tidak bertanggung jawab seperti mana yang diceritakan didalam buku berjudul :
"JANGAN BIARKAN IBU MENANGIS"
Buku ini memaparkan kisah-kisah benar, disebabkan kejahilan mereka terhadap tanggungjawab sebagai seorang yang bergelar ANAK.
- Buku ini telah diulang cetak sebanyak 3 kali atas permintaan.
- Buku ini telah terjual melebihi 10 000 naskah.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku ini. Baca lah kisah-kisah yang terkandung didalamnya sebagai panduan dan iktibar agar anda tidak tergelincir menjadi anak derhaka dan tidak mengenang budi.
Anda juga boleh jadikan ia sebagai hadiah khususnya kepada mereka-mereka yang anda kasehi seperti anak-anak saudara, anak-anak remaja dan tidak lupa yang paling penting kepada anak anda sendiri jika anda telah berkeluarga agar tidak menjadi seperti apa yang dipaparkan didalam buku JANGAN BIARKAN IBU MENANGIS.
1. Anda, ya anda.
2. Mereka yang berstatus IBU / BAPA
3. Mereka yang bergelar "ANAK"
Harga Buku : RM 18.00 (tidak termasuk kos penghantaran)
Kos Penghantaran RM 6.00 (seunit)
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN.
Anda cuma perlu ikuti tiga langkah mudah dibawah ini sahaja:
Langkah # 1
Sila Klik Butang Borang Pesanan dibawah ini.
Click Borang Pesanan
No comments:
Post a Comment